Kuching, 22 September 2024 - Team Para Catur Johor sedang menjalani latihan penyesuaian tempat di Hotel Raia sebagai persiapan akhir menuju hari pertandingan yang dijadualkan bermula 23 September 2024.
Kuching, 21 September 2024 - Telah berlangsung Majlis Makan Malam Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024. Majlis telah diadakan di Hikmah Exchange, Kuching.
Encik Shamsuhaime bin Basir, CDM Kontinjen Para Johor telah hadir mengetuai Kontinjen Para Johor bersama Pegawai dan Atlet Para Johor. Turut hadir Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, ACDM Kontinjen Para Johor.
Kuching, 21 September 2024 - Team Para Tenpin Bowling Johor telah menjalani latihan penyesuaian tempat di Megalanes E-Mart, Batu Kawah sebagai persiapan akhir menuju hari pertandingan yang dijadualkan bermula 24 hingga 27 September 2024.
Turut hadir meluangkan masa menyantuni atlet Para Tenpin Bowling, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, ACDM Kontinjen Para Johor.
21 September 2024, Di Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuching Sarawak, Team Boccia Johor telah menjalani latihan penyesuaian gelanggang bermula jam 9.00 pagi - 11.00 pagi.
Kuching, 20 September 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Perkampungan Sukan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah dirasmikan oleh Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Masyarakat Sarawak. Majlis telah diadakan di Raia Hotel & Convention Centre Kuching.
Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, ACDM Kontinjen Para Johor telah hadir mengetuai Kontinjen Para Johor.