
23 Januari 2025, Johor Bahru - Telah berlangsung Mesyuarat "Post-Mortem" Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan isu-isu berbangkit semasa Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 itu berlangsung. Turut dibincangkan berkenaan hala tuju Kontinjen Para SUKMA Negeri Johor serta keperluan pengurus pasukan dan atlet para bagi menghadapi Temasya Para SUKMA pada tahun 2026 yang akan datang.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir menghadiri mesyuarat ini ialah Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan pengurus-pengurus pasukan Para SUKMA.
#ParaSUKMA
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
Disediakan oleh JBSN Johor