
- JBS Johor
- Hits: 146
LAWATAN TAPAK PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2025 & KUNJUNG HORMAT KE MAJLIS BELIA DAERAH KLUANG
- JBS Johor
- Hits: 146
Kluang, 17 Disember 2024 - Telah berlangsungnya lawatan tapak bagi sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor 2025 di Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia, Kluang yang dijangka akan dilaksanakan pada Februari 2025. Seterusnya ke Wisma Belia Daerah Kluang bagi kunjung hormat Majlis Belia Daerah Kluang.
Anugerah ini dianjurkan bagi mengiktiraf dan meraikan golongan belia termasuklah pertubuhan belia yang mana telah diperkenalkan pada 1988. 3 kategori dipertandingankan iaitu :
Kategori Individu Lelaki
Kategori Individu Wanita
Kategori Pertubuhan Belia
Jangan lepaskan peluang yang ada. Ayuh belia Johor ramai-ramai kita sahut cabaran dengan menghantar pencalonan diri atau pertubuhan. Belia Sejahtera, JBSN Bersama
Disediakan oleh JBSN Johor