KESDAT JBSN JOHOR SERTAI SUKMEP 2025

KESDAT JBSN JOHOR SERTAI SUKMEP 2025

8 Februari 2025 (Sabtu) KOMBES Negeri Selangor Kelab Kebajikan dan Sukan Darul Ta'zim (KESDAT) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menyertai Karnival Sukan Muhibah Enam Penjuru (SUKMEP) Tahun 2025 dengan penyertaan dari negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Selangor selaku tuan rumah. 

 

Sebanyak tujuh (7) acara dipertandingkan dan Team Johor menyertai kesemua sukan yang dipertandingkan iaitu: 

- Futsal Lelaki

- ⁠Futsal Wanita

- ⁠Karom

- ⁠Pickleball

- ⁠Ping Pong

- ⁠Olahraga (8X50 Meter)

- ⁠Tarik Tali

Majlis Penyampaian Hadiah SUKMEP telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Azli bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam dan Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor turut menyertai sukan Pickleball mewakili negeri Johor bagi acara Beregu Lelaki. 

Objektif pelaksanaan SUKMEP ini adalah untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan pegawai dan kepimpinan melalui sukan. 

Tahniah KESDAT (JBSN JOHOR)! 

Johor Pantang Undur, 

Johor Lawan Tetap Lawan!!

Shamsuhaime Basir

#JBSNJohor

#SUKMEP2025

 

Disediakan oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 14-10-2025, 09:20:04

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search