Sedang berlangsung kursus Asas SATRIA Tahap Asas Zon 5 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Kursus ini disertai oleh peserta-peserta dari negeri Johor dan Melaka yang terdiri daripada ahli persatuan belia, sukarelawan daripada Universiti dan juga penjawat awam.
Kursus ini bertujuan memperkenalkan kemahiran dan pengetahuan asas dalam gerakan kesukarelawanan kepada komuniti setempat.
Johor Bahru, 26 Oktober 2024 - Telah berlangsung Majlis Penutup Program Y-Hub (Youth Upskills Music Camp) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru melibatkan seramai 80 orang peserta.
Youth Upskills Music Camp ini menawarkan kelas asas 3 peralatan muzik iaitu ukelele, drum dan vokal. Program dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan The Studio Enterprise ini dilaksanakan secara mingguan dari 17 hingga 26 Oktober 2024.
Batu Pahat - Telah berlangsung Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Johor yang dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Negeri Johor bertempat di Stadium Tertutup Bola Keranjang, Batu Pahat pada 26 Oktober 2024.
Program ini bertujuan mempromosikan sukan Aerobic Dance dalam kalangam masyarakat supaya memahami komponen-komponen sukan berdasarkan Code of Point sukan di peringkat antarabangsa (FIG)
Pertandingan ini telah disertai oleh seramai 20 kumpulan dari seluruh daerah di Negeri Johor. Johan bagi kategori 18 tahun dan ke atas serta kategori 17 tahun ke bawah akan mewakili Negeri Johor ke peringkat Kebangsaan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Encik Helmi bin Dahlan, Timbalan Pengarah Cawangan Kecergasan Nasional, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Kota Tinggi, 26 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Y-Hub (Johor Vigil @ Youth Camp) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Desaru yang melibatkan penyertaan seramai 350 orang dan 50 orang pemimpin belia daripada seluruh negeri Johor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Haji Idris, Timbalan 3 Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Turut hadir, Puan Nor Azreen binti Md Lasim, wakil Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Azan Izuwan bin Abu, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2024.
Johor Bahru, 26 Oktober 2024 - Sedang berlangsung Program Y-Hub (Hobi Kita & Youth In Biz) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Program ini menghimpunkan usahawan belia dan bertujuan untuk meningkatkan sektor ekonomi belia yang berlangsung selama 2 hari sehingga 27 Oktober 2024.
Program ini mendapat sambutan yang positif dan menarik seramai 200 orang pengunjung.
24 Ogos 2024, UNITEN - Telah berlangsung Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan bermula hari ini sehingga 27 Oktober melibatkan seramai 31 orang atlet Negeri Johor dalam 3 acara iaitu ping pong, sepak takraw dan bola tampar wanita.
Kota Tinggi, 25 Oktober 2024 - Sedang berlangsung Program Y-Hub (Johor Vigil @ Youth Camp) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Desaru yang melibatkan seramai 350 orang peserta belia.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kumpulan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2024.
YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia hadir ke Majlis Perasmian Program Santuni MADANI @ KBS di Kampung Spang Loi, Segamat pada hari ini, 24 Oktober 2024.
Pada masa yang sama, turut hadir adalah Encik Shamsuhaime Bin Basir, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor dan Encik Muhamad Syafiq Bin Othman, wakil Ketua Penolong Pegawai Daerah Segamat.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya bola sepak 9 sebelah, selenggara motor percuma, bantuan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan dan pameran agensi kerajaan.