- JBS Johor
- Hits: 171
AKTIVITI KOMPONEN PENJELAJAHAN LASAK ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) BADAN OPERASI ILP MERSING
MERSING, 29 SEPTEMBER 2024 – Seramai 15 orang peserta tahap gangsa telah menyertai program Penjelajahan Lasak ARPRM di bawah bimbingan lima orang pemimpin dari Badan Operasi Institut Latihan Perindustrian Mersing (ILP) Mersing yang terdiri daripada pegawai-pegawai ILP Mersing. Program ini diadakan di Radiant Teluk Sari Campsite, Tanjung Resang, Mersing pada 27 hingga 28 September 2024.
Aktiviti bermula pada jam 2.30 petang dengan taklimat keselamatan, pembentukan kumpulan serta pembahagian tugasan. Seterusnya, peserta diajar kraf perkhemahan yang diketuai oleh Encik Jaazli bin Ahmad dan Encik Shahrizan bin Abdullah. Para peserta kemudian membuat persiapan dengan menyediakan bahan-bahan mentah dan memasak untuk hidangan makan malam. Selepas solat Asar, peserta mengikuti aktiviti latihan keyakinan dalam air dan berkayak di pesisir pantai Teluk Sari.
Selepas solat Maghrib, aktiviti diteruskan dengan sesi ikhtiar hidup dan makan malam diikuti oleh acara unggun api serta refleksi harian sebelum mereka berehat dan tidur.
Pada hari kedua, 28 September 2024, peserta memulakan hari dengan persiapan diri dan solat Subuh diikuti dengan senam pagi dan sarapan. Program diteruskan dengan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa pembersihan pantai. Akhirnya, para peserta menyertai ekspedisi ke Pulau Mawar sebelum program berakhir.
Program ini diharapkan dapat memberikan inspirasi dan dorongan kepada peserta untuk melengkapkan semua komponen lain dalam penilaian tahap gangsa mereka.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 171
