Batu Pahat, 13 Julai 2024 : Telah dilaksanakan Senam Cergas sempena Jelajah Fit Komuniti @Daerah Batu Pahat Tahun 2024 (Siri 2) bertempat di Padang Taman Sutera, Yong Peng.
Terima kasih kepada semua penggerak kecergasan yang hadir dan sentiasa menyokong anjuran kami. Jutaan terima kasih juga kepada instruktor kecergasan yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini.
Larkin, 14 Julai 2024 - Telah berlangsung Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat Negeri Johor (Siri 2) bertempat di Dataran Taman Bunga Raya MBJB dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan OKU.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Senamrobik Negeri Johor yang telah disertai oleh seramai 50 orang peserta.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan budaya aktif bersukan dalam kalangan OKU dengan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, chairobic, berlari, berjalan kaki, sukaneka dan lain-lain pengisian yang bersesuaian dengan peserta OKU.
Program Inspire OKU Aktif ini akan dilaksanakan secara berkala sebanyak 10 siri pada setiap hujung minggu hari Ahad.
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2024 - Telah berlangsung Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Sukan Para Badminton MSN-ALLIANZ-BAM bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Seramai 10 orang atlet daripada Negeri Johor telah menyertai sirkit kali ini dan salah seorang atlet kategori SL4 (Perseorangan) iaitu Muhammad Asree bin Roslee telah berjaya meraih pingat perak walaupun beliau baru sahaja sembuh selepas menjalani pembedahan kaki kanan akibat kecederaan awal tahun ini.
Sirkit ini merupakan pemanas badan kepada skuad badminton Negeri Johor selain sebagai persediaan menghadapi Temasya Para SUKMA yang akan berlangsung pada 20 September akan datang.
Turut hadir memberikan sokongan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir dan beliau berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2024 - Telah berlangsung Kejohanan Sirkit 1 Kebangsaan Sukan Para Badminton MSN-ALLIANZ-BAM bertempat di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Seramai 10 orang atlet daripada Negeri Johor telah menyertai sirkit kali ini dan salah seorang atlet kategori SL4 (Perseorangan) iaitu Muhammad Asree bin Roslee telah berjaya meraih pingat perak walaupun beliau baru sahaja sembuh selepas menjalani pembedahan kaki kanan akibat kecederaan awal tahun ini.
Sirkit ini merupakan pemanas badan kepada skuad badminton Negeri Johor selain sebagai persediaan menghadapi Temasya Para SUKMA yang akan berlangsung pada 20 September akan datang.
Turut hadir memberikan sokongan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir dan beliau berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
13 Julai 2024, Johor Bahru - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Daerah Johor Bahru telah menganjurkan Program Liga Sukan Komuniti (LSK) Ping Pong (Berpasukan) Peringkat Daerah Johor Bahru. Pertandingan ini telah dilaksanakan di Dewan Besar, Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor Bahru. Sebanyak 10 pasukan dari seluruh daerah Johor Bahru telah menyertai pertandingan ini.
Turut hadir, Encik Abd Isa bin Abd Rasah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bagi menyaksikan pertandingan dan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pasukan yang telah memenangi pertandingan ini.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Fong Chee Chen, Pengerusi Persatuan Ping Pong Daerah Johor Bahru, barisan pengadil dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini.
10 JULAI 2024, Kota Tinggi - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Kota Tinggi (MBDKT) telah menganjurkan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kota Tinggi. Majlis tersebut telah di pengerusikan oleh YBhg. Tuan Hj Ahmad Nazir bin Hj Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi. Turut hadir Puan Hajah Zihan binti Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, En. Mohammad Nazrul bin Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi, En Ruhisyam bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi, En. Mohamad Khairul Nizam bin Abd Raman, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kota Tinggi serta ketua-ketua jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Pelbagai usul telah dibahaskan dan mendapat maklum balas secara langsung yang diperolehi daripada agensi-agensi yang bertanggungjawab. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Tinggi berharap agar Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Kota Tinggi ini menjadi platform kepada generasi belia bagi menyampaikan hasrat dan harapan untuk tujuan pembangunan belia di Daerah Kota Tinggi.
SEGAMAT, 10 Julai 2024 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Segamat Tahun 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 60 orang ahli persidangan yang mewakili 10 agensi kerajaan, 10 Ahli Lantikan Pengerusi Persidangan serta Ahli Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Segamat persidangan telah hadir pada sesi tersebut.
Pengerusi persidangan YBhg Tuan Mohd Masni bin Wakiman dalam ucaptama beliau menekankan Peranan belia dalam pembangunan negara yang tidak dapat disangkal lagi. Belia adalah pewaris kepimpinan masa depan yang akan membawa obor kemajuan dan kemakmuran negara. Majlis Perundingan Belia Negara ini merupakan platform yang amat penting untuk kita mendengar suara dan pandangan golongan belia.
Sebanyak 8 usul telah dibentang oleh Ahli Badan Gabungan Majlis Belia Daerah Segamat. Turut diadakan juga taklimat oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Taa'zim (YPKDT) Daerah Segamat dan Pejabat Pertanian Daerah Segamat. Turut hadir pada majlis tersebut Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Persidangan tamat kira-kira jam 1.00 tengahari.
Johor Bahru, 9 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan penyelarasan gerak kerja bersama dengan rakan strategik terlibat dan keperluan bagi modul Latihan Kemahiran (Kimpalan) serta pengisian-pengisian lain dalam pelaksanaan Projek Reben Kuning tersebut.
Projek Reben Kuning ini akan dilaksanakan pada 28 hingga 31 Julai 2024 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh yang melibatkan seramai 20 orang peserta lelaki yang terdiri daripada prospek belia dari Pusat Reintegrasi Penjara (PRP) Kluang.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir adalah Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Mohamad Hisam bin Mohd Adam, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKTBN Pagoh dan Tuan Sylvester anak Jegod, Ketua Inspektor Penjara.
Pengerusi berharap Projek Reben Kuning ini dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur mengikut perancangan. Mesyuarat berakhir pada pukul 11.30 pagi.