Pasukan Para Renang Johor telah memulakan pertandingan hari ini dengan cemerlang apabila dua orang atlet berjaya membawa pulang 1 Pingat Emas dan 1 Pingat Gangsa. Pingat Emas disumbangkan oleh Khairul Razi bin Suliman dalam acara 100M Gaya Bebas Lelaki S12 manakala pingat gangsa disumbangkan oleh Dennis Chong Yo Hang dalam acara 100M Gaya Kuak Dada Lelaki SB4.
Kuching, 23 September 2024 - Team Para Ping Pong Johor memulakan aksi hari ini dengan aksi Afzan dan Rafik bagi kategori MD18 yang diadakan di SJK Chung Hua 3. Pasangan ini melakar 3 kemenangan dengan menewaskan pasangan dari Negeri Sabah, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada sebelah petang perlawanan melibatkan kategori T6 Joseph Ting Wei Jing tewas kepada lawan dari Pulau Pinang dan Terengganu.
KUCHING, 22 September 2024 - Majlis Perasmian Temasya Para SUKMA XXI Sarawak 2024 telah diadakan bertempat di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching.
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah hadir menyempurnakan majlis yang penuh gemilang tersebut. Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg turut hadir menyerikan lagi majlis tersebut.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh dan Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad.
Encik Shamsuhaime bin Basir selaku CDM Kontinjen Negeri Johor mengetuai perarakan masuk Kontinjen Negeri Johor. Seramai 115 Atlet Para Johor menyertai Para SUKMA pada kali ni.
Johor Bahru, 22 September 2024 - Perbincangan Program Y-Hub Peringkat Negeri Johor bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru. Program Y-Hub ini akan berlangsung pada 2 hingga 26 Oktober merangkumi 5 elemen.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Belinda Michelle binti Benedict, Penolong Pengarah Rakan Muda. Turut hadir Encik Mohamad Rashid bin Selamat, Penolong Pegawai Tadbir
Bahagian Sukan, Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Diharapkan program ini dapat menarik minat belia-belia di sekitar Negeri Johor. Semoga Program Y-HUB Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 akan berjalan dengan lancar.