Larkin, 2 September 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Temasya Sukan Para Sukma XXI 2024 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bersama urus setia Kontinjen Negeri Johor yang telah dipengerusikan oleh CDM Kontinjen Negeri Johor, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir.
Mesyuarat ini membincangkan gerak kerja kontinjen dan penyelarasan tugas sepanjang temasya ini berlangsung.
*Tangkak, 1 September 2024* - Kejuaraan Cubprix Malaysian PETRONAS Musim 2024 Pusingan 7 berlangsung dengan penuh meriah di Kompleks Permotoran Tangkak dengan kunjungan daripada komuniti tempatan dan peminat sukan permotoran yang berlangsung selama 2 hari.
Kejohanan ini juga menjadi pentas bagi bakat-bakat pelumba muda negara untuk menyinar dan meningkatkan prestasi dalam sukan permotoran.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir hadir untuk memberikan sokongan dalam acara tahunan berprestij ini dan seterusnya menyampaikan hadiah bagi pemenang Kategori Wira KBS.
Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaafar dan Pegawai Daerah Tangkak yang turut menyampaikan hadiah untuk kategori utama iaitu CP 150.
Larkin, 1 September 2024 - Telah berlangsung Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat Negeri Johor (Siri 7) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan OKU.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Senamrobik Negeri Johor yang telah disertai oleh seramai 50 orang peserta.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan budaya aktif bersukan dalam kalangan OKU dengan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, chairobic, berlari, berjalan kaki, sukaneka dan lain-lain pengisian yang bersesuaian dengan peserta OKU.
Program Inspire OKU Aktif ini akan dilaksanakan secara berkala sebanyak 10 siri pada setiap hujung minggu hari Ahad.
Johor Bahru, 26 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Advokasi Kod Sukan Selamat Siri 1 Peringkat Negeri Johor 2024 yang bertempat di Dewan Auditorium, JOTIC Johor Bahru.
Seramai 86 orang peserta yang terdiri daripada jurulatih, atlet sukan, penggiat-penggiat sukan, pelajar institusi pengajian tinggi awam & swasta, agensi-agensi kerajaan dan komuniti sukan di Negeri Johor telah menyertai program ini.
Taklimat Kod Sukan Selamat telah disampaikan oleh Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam selaku focal point bagi Negeri Johor. Sesi kedua telah disampaikan oleh ASP Puan Siti Zuhaida binti Yusof daripada Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Johor yang memberikan penerangan berkenaan skop dan bidang kuasa PDRM dalam konteks Kod Sukan Selamat.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
24 Ogos 2024, Kluang - Telah berlangsung Program Tayangan Skrin Besar Peringkat Negeri Johor sempena perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2023/24, pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Selangor FC bertempat di Dataran Tasik Kluang.
Suasana dataran meriah dengan kehadiran seramai 1,450 orang peminat JDT yang datang memberikan sokongan.
Turut hadir, Puan Hajah Azurawati binti Wahid, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kluang dan Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan.
Aksi di pentas akhir menyaksikan pasukan JDT muncul juara dengan perlawanan berkesudahan 6-1. Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT dan seluruh warga Bangsa Johor.
Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Program Menyantuni Warga Emas Daerah Batu Pahat yang diadakan pada 25 Ogos 2024 sempena Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) telah berjaya dilaksanakan di Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong, Batu Pahat. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk sekitarnya terutama di kawasan Taman Sri Sulong, Batu Pahat. Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong merupakan salah satu pusat yang aktif di daerah Batu Pahat selain daripada Pusat Aktiviti Warga Emas Penggaram. Kedua-duanya Pusat Aktiviti ini di pantau dan diselia pentadbirannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Batu Pahat.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong, Kelab Sukan Kecergasan Peladangnita (PPK) Sri Medan, Kelab Sukan Kecergasan Yong Peng, dan JKM Batu Pahat.
Batu Pahat, 25 Ogos 2024 : Program Senaman Warga Emas Siri 3 yang telah berlangsung di Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong, Batu Pahat dan berjaya mencapai matlamatnya. Penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutama sekali kepada Pusat Aktiviti Warga Emas Seri Sulong, Kelab Sukan Kecergasan Yong Peng, dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat atas kerjasama yang diberikan.
LABIS 24 Ogos- Mobilisasi SATRIA- Program Menyantuni Warga Emas telah diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas Labis,
Antara aktiviti yang diadakan adalah senamrobik, memasang Jalur Gemilang, Memasak Bubur Lambuk, Mengecat Bangunan PAWE, gotong royong membersih kawasan bangunan serta menanam pokok kelapa. Seramai 70 orang belia menyantuni 30 warga emas dalam program sehari ini.
Taklimat program telah diberikan oleh penyelaras program sebelum aktiviti dijalankan. Turut hadir program ini YB Tuan Tan Chong, ADUN Bekok bagi menyantuni warga emas. Program ini dengan kerjasama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Segamat dan Hyper Fitness Sport Club. Antara penglibatan belia daripada Kolej Komuniti Segamat, Kolej Komuniti Segamat 2, The Segamat Buddhist Society, Persatuan Buddhist Labis, Sukarelawan Kebajikan Masyarakat,Sukarelawan SATRIA Labis dan peserta ARPRM.
Majlis penutup dihadiri En Low Wai June, Pegawai Khas YB ADUN Bekok dan turut hadir sama Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Tuan Haji Saadon bin Virdani, Pengerusi PAWE Labis, Encik Zulkefle bin Esa, Pengerusi PAWE Bandar Segamat, wakil Ketua Balai Polis Labis.
Terima kasih kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Labis diatas kesudian menerima kunjungan SATRIA Rakan Muda.
Semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang kerana ianya memberi impak yang sangat baik kepada warga emas yang teribat.
SEGAMAT 26 Ogos 2024 : Telah selesai dilaksanakan dengan jayanya Program Senam Warga Emas Peringkat Daerah Segamat Tahun 2024. Program yang dijalankan sebanyak 6 sesi ini telah dijalankan pada setiap hujung minggu bertempat di Dataran Segamat, Taman Rekreasi Sungai Kapeh dan HUB Belia Jalan Kolam Air dari jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi bermula pada 21 Julai dan berakhir pada 24 Ogos 2024 yang lalu.
Program ini telah disertai seramai 30 orang warga emas yang masih bertenaga dan mampu melakukan senaman dengan mengikut rentak dan irama yang dipimpin oleh jurulatih kecergasan dari Hyper Fitness Sport Club. Pergerakan melibatkan setiap otot sendi badan yang digerakkan mengikut teknik yang betul mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada para peserta.
Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat telah menyempurnakan majlis penutup Program Senam Warga Emas ini dengan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta dan penghargaan kepada rakan strategik iaitu Kelab Taekwondo Cosmos dan Hyper Fitness Sport Club.