Tangkak, 21 Oktober 24- PBSD Tangkak/ Kompleks Sukan Permotoran Tangkak telah menerima kunjungan daripada En Shamsuhaime Bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor berkaitan lawatan Pemeriksaan Mengejut Dalaman AP 309 pada hari ini.
Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan urus tadbir dilaksanakan dengan tatakelola yang ditetapkan. Beliau menyarankan agar urus tadbir ini dikekalkan dengan baik.
LARKIN, 20 Oktober - Telah berlangsung Klinik Jombola Peringkat Kebangsaan (Negeri Johor) 2024 selama dua hari bermula 19 Oktober 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Klinik ini merupakan anjuran Persatuan Jombola Malaysia dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang mensasarkan penyertaan seramai 30 orang peserta dari seluruh negeri Johor. Objektif program ini adalah untuk memperkenalkan sukan baharu iaitu jombola kepada masyarakat dan komuniti sukan di negeri ini.
Sesi telah dikendalikan oleh barisan Jurulatih daripada Persatuan Jombola Malaysia iaitu Encik Muhammad Hamzah bin Mohamed Yusoff & Cik Nasiratul’aini Hitomi binti Nasruldin. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Jombola Malaysia atas penganjuran klinik ini dan tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Johor Bahru, 19 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Genta Belia 2024 : Zon Selatan Ekonomi Digital bertempat di UTC Kotaraya, Johor Bahru.
Program berbentuk seminar ini melibatkan penyertaan lebih 200 orang yang terdiri daripada pertubuhan belia, institut pengajian tinggi dan kemahiran. Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi digital kepada golongan belia.
Topik pengisian program antara lain berkisar isu ekonomi semasa, peluang perniagaan dan ekonomi gig yang telah disampaikan oleh penceramah-penceramah bertauliah. Pertandingan poster dan video turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.
Majlis Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Puan Hartini binti A Jabbar, Pengarah Cawangan Bahagian Pembangunan Ekonomi, selaku wakil rasmi Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir, Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Puan Junaine binti Mohammed, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Mohammad Alif bin A. Rahim, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, serta Puan Nur Gloria Aisyah Umairah binti Jali, wakil daripada Pengurusan UTC.
Diharap pelaksanaan program ini dapat memberikan impak positif kepada golongan belia dalam aspek ekonomi digital.
Johor Bahru, 19 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Y-Hub (Kelas Akademik dan Kerohanian Belia) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Perpustakaan Sultan Ismail, Johor Bahru yang melibatkan seramai 60 orang peserta.
Program ini menyediakan 2 pengisian iaitu bengkel asas seni khat dan juga bengkel asas aplikasi kanva. Program dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Perpustakaan Sultan Ismail ini telah berlangsung dari 5 hingga 19 Oktober 2024 dan dilaksanakan sebanyak 2 siri.
Bengkel asas penulisan khat dan juga aplikasi kanva ini mensasarkan belia yang berminat dengan kemahiran seni dan semoga pengisian ini memberikan manfaat kepada peserta untuk terus mendalami bidang yang diceburi.
Johor Bahru, 17 Oktober 2024 - Telah berlangsung Program Y-Hub (Youth Upskills Music Camp) Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru melibatkan seramai 80 orang peserta.
Youth Upskills Music Camp ini menawarkan kelas asas 2 peralatan muzik iaitu Ukulele dan Drum serta kelas asas Vokal. Program ini juga mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru dan The Studio Enterprise yang akan dilaksanakan dari 17 hingga 26 Oktober 2026.
Segamat, 14 Oktober 2024 - Telah berlangsung perbincangan dan lawatan tapak bagi pelaksanaan Program Santuni Madani bertempat di Kampung Spang Loi, Segamat.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, wakil daripada IKTBN Pagoh, Penghulu Mukim Buluh Kasap, Ketua Kampung Spang Loi, Guru Besar SK Spang Loi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat dan Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung Spang Loi.
Topik perbincangan antara lain merangkumi aspek perancangan aktiviti dan penglibatan agensi-agensi serta impak program kepada penduduk kampung.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan potensi kampung Pemimpin dan memfokuskan kepada aspek penambahbaikan masyarakat secara menyeluruh. Semoga pelaksanaan program ini dapat memberikan manfaat kepada kumpulan sasar seterusnya melahirkan generasi yang produktif.
MUAR, 12 Oktober - Satu cabaran senaman berbentuk kalistenik telah diadakan di TMIYC, Muar sempena Sambutan HSN2024 Negeri Johor bertempat di TMIYC, Muar.
Seramai 58 orang telah menyahut cabaran dengan menyertai aktiviti yang menguji tahap ketahanan fizikal dan kekuatan mental ini yang diaktifkan oleh Persatuan Street Workout & Calisthenics Johor Bahru. Anda semua luar biasa!
MUAR, 12 Oktober - Telah berlangsungnya Pertandingan Pushbike Race sempena Sambutan HSN2024 Negeri Johor seawal jam 10.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
Pertandingan ini disertai oleh seramai 110 orang kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur. Terdapat 7 kategori yang dipertandingkan dan ianya mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh warga Johor khasnya warga Muar.
MUAR, 12 Oktober - Satu pertandingan papan luncur telah diadakan bagi menandakan pembukaan dan penggunaan julung kalinya bagi kawasan skatepark TMIYC Muar sempena Sambutan HSN2024 Negeri Johor.
Lebih kurang 100 orang peserta telah menyertai Pertandingan Skateboard Gembira Meluncur tersebut.