Kota Tinggi, 18 Julai 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Johor yang telah di adakan di Kompleks Rakan Muda Desaru, Kota Tinggi. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau. Seramai 60 peserta telah menamatkan program ini dengan jayanya.
Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan belia yang mempunyai kesedaran terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga,agama, bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan mengenai
bahaya masalah sosial dalam kalangan belia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Encik Mohd Zamri bin Jamaluddin wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Puan Azlina binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Faiz bin Haji Mohamad, wakil Majlis Belia Negeri Johor, Encik Muhammad Rizal bin Rahmat, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pasir Gudang.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 141
