- JBS Johor
- Hits: 189
PERHIMPUNAN BULANAN JBSN JOHOR
LARKIN, 8 September 2024 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN Johor Bilangan 2 tahun 2024 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Amanat telah disampaikan oleh YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah JBSN Johor kepada semua Pegawai dan kakitangan JBSN Johor merangkumi aspek etika kerja dan tanggungjawab sebagai penjawat awam dan turut memberi motivasi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar dan orang awam.
Dalam majlis tersebut, seramai 13 orang Pegawai dan kakitangan telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan cemerlang bagi bulan Mei, Jun, Julai dan Ogos 2024.
Turut berlangsung majlis perpisahan Encik Mohamad Mazlan bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Belia, Encik Alvin Chong Wei Wun, Pegawai Belia dan Sukan, Cik Salmi binti Yahya, Pembantu Belia dan Sukan, Puan Khairunniza binti Kasman, Pembantu Tadbir Kewangan yang telah bertukar ke jabatan lain atau tidak lagi berkhidmat di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti selama ini dan selamat maju jaya diucapkan.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 189
