- JBS Johor
- Hits: 113
PROGRAM JALAN ANGKAT (PJA) SEMPENA PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2024
MERSING, 21 April 2024 – Walaupun masih dalam sambutan bulan Syawal, ia tidak menjadi halangan kepada kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing untuk bersama-sama menyertai aktiviti membersihkan Pulau Mawar, Mersing yang melibatkan semua agensi-agensi yang mewakili tujuh zon.
Aktiviti gotong-royong ini bermula pada jam 8.30 pagi di persisiran pantai Pulau Mawar hingga ke kawasan Pintu Gerbang Pulau Mawar. YBrs Tuan Jamil Hasni bin Abdullah, Pegawai Daerah Mersing turut hadir dan menyertai aktiviti membersihkan kawasan pelancongan ini.
Pantai merupakan satu daripada kekayaan semula jadi yang paling berharga. Ia bukan hanya menjadi tempat rekreasi justeru merupakan habitat penting bagi pelbagai spesies marin. Aktiviti gotong-royong ini memainkan peranan yang penting dalam memelihara dan memulihara keindahan pantai untuk kelestarian alam sekitar.
#MersingDaerahPelanconganLestari
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 113
