Iskandar Puteri, 4 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Khas Penyelarasan Kejohanan Memanah Kebangsaan KMK Siri 3 bertempat di Balairaya Kampung Sungai Melayu, Gelang Patah.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Memanah Negeri Johor, Yang Berhormat Datuk Hj Pandak bin Hj Ahmad. Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras gerak kerja dan persiapan kejohanan yang akan berlangsung dari 17 hingga 21 Julai 2024 bertempat di Lapang Sasar Mutiara Rini, Skudai.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Memanah Negeri Johor dan agensi-agensi kerajaan dan swasta yang akan membantu dalam pelaksanaan program tersebut.
Turut hadir memberikan sokongan, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Disedikan oleh JBSN Johor- JBS Johor
- Hits: 193
