Kota Tinggi, 16 Julai 2024 - Seramai 60 peserta telah mendaftar bagi Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Johor yang dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Desaru, Kota Tinggi. Peserta terdiri dari pelajar pelbagai sekolah yang melibatkan 4 daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang dan Kota Tinggi.
Program Kem Belia ini merupakan salah satu inisiatif intervensi sosial belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Tebrau bagi pembangunan dan pemerkasaan identiti sosial belia serta pengurangan keterlibatan belia dalam isu dan permasalahan sosial.
Program ini berbentuk kem yang merangkumi aktiviti indoor dan outdoor yang memberi pemahaman dan kesedaran kepada golongan belia mengenai bahaya sekiranya terjebak dalam gejala sosial dan aktiviti tidak sihat.
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 173
