Larkin, 18 Ogos 2024 - Telah berlangsung Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat Negeri Johor (Siri 6) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor melibatkan penghuni daripada Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru dan Persatuan Senamrobik Negeri Johor yang telah disertai oleh golongan OKU seramai 50 orang peserta.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan budaya aktif bersukan dalam kalangan OKU melalui pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, chairobic, berlari, berjalan kaki, sukaneka dan lain-lain pengisian yang bersesuaian dengan peserta OKU.
Program Inspire OKU Aktif ini akan dilaksanakan secara berkala sebanyak 10 siri pada setiap hujung minggu hari Ahad.
Turut hadir Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang berkesempatan memantau pelaksanaan program.
Tahniah anda luar biasa!
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 161
