SKUDAI, 21 Julai 2024 - Telah berlangsung Kejohanan Memanah Peringkat Kebangsaan anjuran Persatuan Memanah Negeri Johor bertempat di Lapang Sasar Memanah Taman Mutiara Rini Skudai, Johor.
Kejohanan ini berlangsung selama 5 hari bermula dari 17 hingga 21 Julai 2024 melibatkan seramai 150 org peserta dari seluruh negara.
Turut hadir memberikan sokongan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir dan beliau berkesempatan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Kuala Terengganu, 20 Julai 2024 - Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Program Tayangan Skrin Besar telah diadakan di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Terengganu dari 19 hingga 21 Julai 2024.
Bengkel yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara ini bertujuan untuk membincangkan penambahbaikan bagi pelaksanaan program dan seterusnya memantapkan perancangan serta gerak kerja program Tayangan Skrin Besar di peringkat negeri.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari bin Mohamad. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah, Encik Abd. Aziz bin Abd. Rahman dan Pengarah Cawangan Penggalakkan dan Pembangunan Sukan, Encik Sabran bin Abd Bahar.
Larkin, 21 Julai 2024 - Telah berlangsung Program Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat Negeri Johor (Siri 3) bertempat di Dataran Taman Bunga Raya MBJB dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan OKU.
Program ini merupakan kerjasama strategik bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Persatuan Senamrobik Negeri Johor yang telah disertai oleh seramai 50 orang peserta.
Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan budaya aktif bersukan dalam kalangan OKU dengan pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan seperti senamrobik, chairobic, berlari, berjalan kaki, sukaneka dan lain-lain pengisian yang bersesuaian dengan peserta OKU.
Program Inspire OKU Aktif ini akan dilaksanakan secara berkala sebanyak 10 siri pada setiap hujung minggu hari Ahad.
Majlis Perasmian Asia Pacific Youth Tchoukball Championships 2024 telah berlansung pada 20 Julai 2024 bertempat di Velodrome Iskandar Puteri, Johor Bahru. Hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan adalah Encik Mohamad Mazlan Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Kejohanan yang berlansung selama 3 hari tersebut melibatkan 7 buah negara dari Asia Pasifik seperti Malaysia, Thailand, Singapura, Chinese Taipei, China, Nepal dan New Zealand.
_______
7th Asia Pacific Youth Tchoukball Championships 2024
Kota Tinggi, 18 Julai 2024 - Telah berlangsung Majlis Perasmian Penutup Kem Belia 2024 Peringkat Negeri Johor yang telah di adakan di Kompleks Rakan Muda Desaru, Kota Tinggi. Program ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor dan Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau. Seramai 60 peserta telah menamatkan program ini dengan jayanya.
Program ini adalah bertujuan untuk melahirkan belia yang mempunyai kesedaran terhadap matlamat hidup dan tanggungjawab diri, keluarga,agama, bangsa dan negara serta meningkatkan kesedaran, pengetahuan mengenai
bahaya masalah sosial dalam kalangan belia.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir, Encik Mohd Zamri bin Jamaluddin wakil Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Puan Azlina binti Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Mohd Faiz bin Haji Mohamad, wakil Majlis Belia Negeri Johor, Encik Muhammad Rizal bin Rahmat, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tebrau dan wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Pasir Gudang.
18 Julai 2024, Johor Bahru- Bengkel Pemimpin ARPRM peringkat Negeri Johor telah melabuhkan tirainya pada harini bertempat di Dewan Utama, Hotel New York yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia Sukan Negeri Johor, Encik Shamsuhaime bin Basir diiringi oleh wakil peserta iaitu Encik Alexander Benjamin dan juga Penolong Pengarah Rakan Muda, Puan Belinda Michelle binti Benedict.
Sebanyak 5 anugerah berkumpulan dan 5 anugerah individu telah disampaikan kepada peserta-peserta yang menjalani bengkel ini dengan jayanya berdasarkan penilaian oleh pihak urusetia. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang hadir ke bengkel pemimpin ARPRM pada tahun ini.
Diharapkan bakal pemimpin-pemimpin apabila pulang ke komuniti masing-masing dapat meneruskan legasi program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, seterusnya mampu melahirkan anak muda yang dapat ditauliahkan kepada tahap yang tertinggi.
Kota Tinggi, 17 Julai 2024 - Hari kedua Kem Belia 2024 peserta telah didedahkan dengan perkongsian dari usahawan belia, slot bersama E8 PDRM berkaitan terorisme dan buli di sekolah serta pengisian aktiviti kemasyarakatan dan kebudayaan.
17 Julai 2024, Johor Bahru - Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah memulakan hari pertama Bengkel Pemimpin ARP bertempat di New York Hotel, Johor Bahru dengan 40 orang peserta daripada 10 daerah di Negeri Johor.
Bengkel ini bertujuan untuk melatih peserta ARP berkenaan komponen-komponen program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda yang akan dilaksanakan oleh para peserta di kawasan komuniti masing-masing.
Johor Bahru, 16 Julai 2024 - Telah berlangsungnya Perbincangan Program Y-HUB Peringkat Negeri Johor bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Perbincangan dipengerusikan oleh Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Perbincangan tersebut memfokus kepada hala tuju serta gerakerja program Y-HUB.
Hadir dari pihak IRDA ialah Puan Wan Hezlin Enis Wan Ismail, Naib Presiden, Pembangunan Sosial, IRDA dan Encik Amiluddin Tajudin, Penolong Naib Presiden, Pembangunan Sosial, IRDA.
Program ini diharap dapat menarik minat belia-belia di sekitar Negeri Johor untuk menjadikan Y-Hub ini pusat sehenti bagi aktiviti belia. Semoga Program Y-HUB Peringkat Negeri Johor Tahun 2024 akan berjalan dengan lancar.