- JBS Johor
- Hits: 201
LAWATAN KUNJUNG HORMAT JAWATANKUASA MAJLIS GABUNGAN BELIA MERSING (MGBM) KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MERSING TAHUN 2024
MERSING, 30 Jun 2024 – Jawatankusa Majlis Gabungan Belia Mersing (MGBM) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing pada 10 Jun 2024 (Isnin) jam 3.00 petang.
Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan keperluan dan persiapan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Dearah Mersing Tahun 2024 yang akan diadakan pada tahun ini. Perbincangan pada petang itu lebih memfokuskan usul-usul yang akan dikeluarkan dan dibahaskan oleh MGBM sendiri.
Turut hadir dalam perbincangan tersebut Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing, Encik Azhar bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Gabungan Belia Mersing (MGBM), kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dan sebahagian AJK MGBM.
PBSD Mersing berharap agar perbincangan tersebut akan membuahkan hasil yang optimum dan maksimum ke arah pembangunan belia di daerah Mersing.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 201
