- JBS Johor
- Hits: 213
PERSIDANGAN MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH MUAR BAGI TAHUN 2024
24 Jun 2024 (Isnin) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Muar dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Muar dan Pejabat Daerah Muar telah menganjurkan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Muar bagi tahun 2024 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Muar, Bangunan Istana Tanjung, Muar, Johor.
Persidangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Hasrin Kamal Bin Hashim, Pegawai Daerah Muar.
Sebanyak 12 usul telah dibahaskan pada persidangan ini yang berkaitan dengan kemajuan dan kemudahan untuk belia di Daerah Muar secara khususnya.
Semoga dengan adanya persidangan ini dapat memartabatkan lagi golongan belia di dalam Daerah Muar.
Disediakan oleh PBSD Muar
- JBS Johor
- Hits: 213
