- JBS Johor
- Hits: 151
LAWATAN TAPAK BAGI PROGRAM SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2024
Bandar Penawar, 27 Mac 2024 - Lawatan tapak bagi Program Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2024 telah diadakan di Dataran Taman Tasik Penawar dan di Dewan Kejora, Bandar Penawar. Tujuan lawatan diadakan adalah sebagai persediaan dan penyelarasan awal dari segi kesesuaian tempat dan keperluan logistik bagi program yang bakal diadakan pada 17-18 Mei akan datang.
Hadir pada sesi lawatan tersebut adalah Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Farhan Noor bin Ishak, Pegawai Tadbir Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Encik Muhammad Mustaqim bin Hassan wakil Majlis Belia Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), RTM Johor dan Majlis Belia Daerah Kota Tinggi.
Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Johor pada tahun ini akan menggabungkan beberapa program dari agensi seperti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Radio Television Malaysia (RTM) dan Majlis Belia Negeri Johor. Semoga program yang dirancang ini akan berlangsung dengan lancar.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 151
