15 Februari 2024, Muar – Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bagi Projek Pembangunan TMIYC Muar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Hj. On bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan).
Turut hadir, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pegawai-Pegawai daripada Majlis Perbandaran Muar dan Pejabat Daerah Muar.
Mesyuarat yang diselaraskan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor tersebut bertujuan untuk memantau perkembangan projek dan turut membincangkan mengenai perancangan program serta urus tadbir TMIYC berserta isu-isu berkaitan.
Pihak Jabatan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memberikan kerjasama dalam mesyuarat ini.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 204
