- JBS Johor
- Hits: 146
PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS BANG-BANG SEMPENA KARNIVAL SUKAN LUAR BANDAR PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2023
Sukan Luar Bandar Peringkat Daerah Mersing Tahun 2023 telah diadakan pada 15 Disember 2023 (Jumaat) di Dewan Besar, Institut Latihan Perindustrian, Mersing. Sebanyak 22 pasukan telah menyertai pertandingan ini untuk merebut wang tunai keseluruhan berjumlah RM1,250.00.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg Ts. Syahrull Nizam bin Haji Perdan, Pengarah ILP, Mersing. Turut hadir ialah Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing.
Kumpulan Matrix BST telah menjuarai Pertandingan Mobile Legends Bang-Bang sempena Karnival Sukan Luar Bandar Peringkat Daerah Mersing pada tahun ini. Naib johan dimenangi oleh Cursed Bois. Manakala tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Mitsuno Esport. Anugerah Pemain Terbaik Mobile Legends Bang-Bang dimenangi oleh adik Mohamad Akmal bin Zulkefli.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Institut Latihan Perindustrian (ILP), Mersing, pegawai-pegawai teknikal dan pengadil-pengadil yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini,
Majulah sukan daripada akar umbi!
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 146
