- JBS Johor
- Hits: 183
PERBINCANGAN PROGRAM-PROGRAM BELIA DAN SUKAN BERSAMA-SAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING TAHUN 2023/2024
MERSING, 29 November 2023 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah Mersing pada 15 November 2023 (Rabu) jam 3.00 petang.
Pertemuan ini diadakan untuk mengeratkan jaringan kerjasama di samping berbincang tentang perancangan program-program yang akan dianjurkan bersama-sama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing pada tahun 2023 dan 2024. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Tuan Haji Saiful bin Atan, Pegawai Pendidikan Daerah Mersing dan Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing serta pegawai-pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing.
Semoga komitmen, kerjasama dan perhubungan baik ini akan diteruskan untuk melahirkan belia yang berkualiti dan mempunyai jati diri dalam daerah Mersing khususnya.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 183
