- JBS Johor
- Hits: 163
LAWATAN KE PERSATUAN BELIA PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR
BATU PAHAT, 15 Jun 2023 - Telah berlangsungnya Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor yang melibatkan kategori Pertubuhan pada hari ini. Sesi penilaian bagi Kelab Belia Komuniti Sri Sulong Taman Sri Sulong telah mempamerkan produk yang dihasilkan iaitu tanaman cendawan kukur. APBN adalah sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara.
Jabatan ini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah diatas kerjasama dan bimbingan kepada semua calon bagi menyertai APBN ini.
Syabas dan tahniah kepada semua calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor Tahun 2023.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 163
