- JBS Johor
- Hits: 278
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA, RAKAN EKSPRESI : RAKAN MUDA@UJI MINDA PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2023
PONTIAN, 7 September 2023 - Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Cikgu Suhizulhisam Keliwon telah meluangkan masa untuk berbincang bersama Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof dan Encik Haszuan bin Sapuan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian di SMK Dato' Penggawa Barat Pontian tengah hari tadi.
Objektif program ini ialah membina keyakinan diri golongan belia untuk mencuba perkara luar daripada kebiasaan mereka selain menguji minda dan tahap pengetahuan anak-anak muda masa kini serta menggalakkan penyediaan konten yang membina untuk siaran media sosial.
Diharapkan inisiatif yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat memberikan impak positif di samping membantu melahirkan belia yang berpengetahuan, kuat ingatan serta memiliki sahsiah terpuji.
#Santai&Sampai
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 278
