PEKAN NANAS, 18 Oktober 2023 - Bertempat di Gelanggang Futsal KBS Tapak Panggong Wayang Lama, Pekan Nanas telah berlangsungnya Majlis Penyerahan ringkas Gelanggang Futsal KBS kepada pentadbiran Majlis Perbandaran Pontian pada jam 2.30 petang tadi.
Majlis Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Khairul bin Md Dam, Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, wakil rasmi Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor kepada YBhg. Encik Hisyamuddin bin Amat, Setiausaha, Majlis Perbandaran Pontian wakil rasmi Tuan Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Pontian. Turut hadir menyaksikan penyerahan tersebut ialah Encik Syahrulzaman Ibrahim, Ahli Majlis, MPPn, Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian, Ketua-ketua Jabatan MPPn dan kakitangan Majlis Perbandaran Pontian.
Sebagai rekod terdapat 3 buah Gelanggang Futsal KBS yang diserahkan semula kepada Majlis Perbandaran Pontian iaitu Gelanggang Futsal KBS Tapak Panggong Wayang Lama, Pekan Nanas, Gelanggang Futsal KBS Taman Mutiara, Jalan Johor dan Gelanggang Futsal KBS Taman Harmoni (Murni), Benut.
Majlis tamat kira-kira jam 4.00 petang.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 194
