- JBS Johor
- Hits: 172
MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA (HBN) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2023
Johor Bahru, 30 September 2023 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor tahun 2023 telah berlangsung dengan meriah bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) Johor Bahru.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor yang mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor.
Hadir sama pada majlis tersebut ialah YB Dato' Haji On bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato' Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru, YBhg. Tuan Haji Muzaldin bin Haji Mohamed, Pegawai Daerah Johor Bahru, Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YB Tuan Aznan bin Tamin, Presiden Majlis Belia Negeri Johor dan Encik Mohd Izzat Afifi bin Abdul Hamid Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM).
Kehadiran ribuan anak muda Bangsa Johor yang membanjiri TMIYC sejak dari awal pagi turut memeriahkan majlis disamping pengisian aktiviti yang berteraskan 6 Segmen iaitu segmen Modal Insan, Seni Kreatif, Gaya Hidup Aktif, Ekonomi, Daripada Belia Untuk Belia dan Jati Diri.
Majlis turut dimeriahkan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Johor tahun 2023 dan Penyampaian Sijil Penarafan 5 bintang tahun 2021-2022 kepada 8 pertubuhan belia.
Tahniah dan syabas anak muda Bangsa Johor!
Ini Masa Kita
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 172
