- JBS Johor
- Hits: 135
KURSUS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHAP PERTENGAHAN PERINGKAT ZON SELATAN TAHUN 2023
Pontian, 6 Ogos 2023 - Antara wadah pembangunan potensi anak muda, Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda mencetuskan inisiatif Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) sebagai langkah memupuk jiwa sukarelawan dalam diri masyarakat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menjadi tuan rumah untuk Kursus Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Tahap Pertengahan Peringkat Zon Selatan pada kali ini dengan penyertaan daripada tiga buah negeri iaitu Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Sukarelawan ini diasah dengan latihan upskilling dan reskilling untuk memastikan mereka kompeten dan sentiasa siap siaga dalam menghadapi apa jua situasi bencana.
Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari 4 malam bermula 2 - 6 Ogos 2023 bertempat di Otternest Camp, Gunung Pulai 2. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Encik Ahmad Syarifuddin bin Sarmin, Pengarah, Cawangan Pembangunan Kesukarelawanan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Zulfadli Bin Ahmad, Pegawai Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Puan Fadhilah Binti Hj Tahar, Pegawai Pembangunan Sahsiah dan Gaya Hidup, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih atas kerjasama dan semangat yang jitu sepanjang menyertai kursus ini.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 135
