KOTA ISKANDAR, 21 Jun 2023 - Telah berlangsung satu Sesi Perbincangan tiga program penting untuk para belia serta Orang Muda Johor yang telah dipengerusikan oleh YB Tuan Mohd Hairi Bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia.
Tiga program tersebut ialah Anugerah Perdana Belia Negara (APBN), Sambutan Hari Belia Negara (HBN) dan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2023. Perbincangan ini juga telah menetapkan tarikh perlaksanaan bagi Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor pada 9 hingga 10 September 2023 bertempat di Tunku Mahkota Ismail Youth Center (TMIYC) Johor Bahru. Konsep pelaksanaan HBN pada tahun ini adalah berteraskan kepada 5 Segmen iaitu Modal Insan, Ekonomi, Seni Kreatif, Gaya Hidup Aktif dan Dari Belia Untuk Belia.
Hadir sama dalam sesi perbincangan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Haji On bin Jabbar @ Jaafar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, En Shamsuhaime bin Basir dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), YB Aznan Hj Tamin.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 136
