Larkin, 27 Mei 2023 - Telah berlangsung Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Johor bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor dengan sambutan penyertaan yang menggalakkan daripada golongan OKU di Negeri Johor. Program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan PESRON Negeri Johor itu berjaya merekodkan 53 orang peserta OKU dengan jumlah pengunjung seramai lebih 100 orang.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu atlet OKU untuk diketengahkan ke peringkat sukan yang lebih tinggi. Terdapat 10 acara yang ditawarkan iaitu para olahraga, para renang, para catur, para memanah, para ping pong, boccia, para badminton, para ten pin boling, para lawn bowl dan para powerlifting.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Tahniah anda luar biasa!
Disediakan Oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 131
