- JBS Johor
- Hits: 157
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengetuai Bidang Kerjasama 1 (Sosial dan Budaya) JKK SOSEK MALINDO
Iskandar Puteri, 28 Mac 2023 - Mesyuarat Prapertemuan Tim Teknik dan Sidang ke-19 Peringkat Jawatankuasa Kerja Sosio-Ekonomi Malaysia - Indonesia (JKK SOSEK MALINDO) Negeri Johor 2023 telah diadakan di Bilik Gerakan, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan) merangkap Pengerusi JKK SOSEK MALINDO Negeri Johor.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor selaku Ketua Bidang Kerjasama 1 (Sosial dan Budaya) telah membentangkan kertas kerja bagi pelaksanaan Pertemuan Tim Teknik dan Sidang ke-19 yang akan diadakan pada 9 - 12 April 2023 di Negeri Melaka. Selain daripada itu, Ketua Bidang Kerjasama 2 (Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan) dan Ketua Bidang Kerjasama 3 (Keselamatan dan Pengurusan Sempadan) turut membentangkan kertas kerja masing-masing. Beberapa usul dan cadangan baru telah dicadangkan untuk dibincangkan pada pertemuan akan datang.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 157
