Johor Bahru, 25 Feb - Majlis Belia Daerah Johor Bahru telah melangsungkan Mesyuarat Agung Perwakilan Majlis Belia Daerah Johor Bahru 2022 bertempat di Austin International Convention Centre, Johor Bahru.
Persidangan tersebut telah dihadiri kira-kira 150 orang perwakilan dan pemerhati serta tetamu jemputan dan telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Hj On Bin Jabbar @ Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor(Belia, Sukan dan Sukarelawan). Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru, Puan Belinda Michelle binti Benedict.
Jutaan tahniah kepada jawatankuasa baru bagi sesi 2022-2024 dimana Sdr Farid Firuz telah dipilih sebagai Pengerusi Majlis Belia Daerah Johor Bahru 2022-2024. Selamat maju jaya diucapkan kepada semua jawatankuasa yang baru ini untuk melaksanakan tanggungjawab dalam pembungan belia akar umbi terutama nya belia di daerah Johor Bahru.
Credit : Majlis Belia Daerah Johor Bahru
Disediakan oleh PBSD Johor Bahru
- JBS Johor
- Hits: 123
