- JBS Johor
- Hits: 165
KUNJUNG HORMAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
23 Februari 2023, Khamis - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menerima kunjungan oleh delegasi daripada Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) yang diketuai oleh Yang Berbahagia Datuk Mansur bin Haji Asun, Setiausaha Tetap bersama-sama Pegawai-Pegawai Kanan serta Majlis Belia Sabah.
Turut hadir, selaku tuan rumah Yang Berusaha Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah dan juga Encik Sidek bin Roslan, Presiden Majlis Belia Daerah Johor Bahru.
Delegasi diberikan penerangan dan taklimat ringkas berkaitan maklumat Jabatan serta melawat sekitar fasiliti KOMBES.
Kunjungan tersebut adalah sempena lawatan kerja KBSS ke Negeri Johor bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam sektor pembangunan belia dan sukan.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 165
