PONTIAN, 6 April 2023 - Bertempat di Bazar Ramadan Parit Betak, Benut, Pontian hari ini bermulanya Program MYSavefood Ramadan@Pontian. Program ini adalah kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian, Kelab Jejak Orang Muda (KJOM) dan Kelab Rakan Muda Tanjung Piai.
Program ini merupakan satu usaha mengurangkan pembaziran makanan di bazar Ramadan dengan menyalurkan lebihan makanan yang tidak terjual tersebut kepada golongan yang memerlukan.
Seramai 8 orang sukarelawan Rakan Muda telah mula bertugas hari ini dan akan meneruskan usaha ini selama 7 hari lagi iaitu sehingga 13 April 2023.
Sebagai rekod untuk hari ini sebanyak 35 kilogram lebihan makanan telah diterima dari peniaga.
Terima kasih atas kerjasama semua peniaga dan Sukarelawan Rakan Muda!
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 180
