Muar, Johor - 29 Oktober 2022.- Dianggarkan seramai lebih 20,000 orang pengunjung telah membanjiri Dataran Tanjung Emas, Muar bermula dari 28 hingga 30 Oktober 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor. Daerah Muar telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan tahun ini.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor 2022 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) jam 8.30 malam yang telah melibatkan himpunan belia seramai lebih 16,000 orang dari seluruh Negeri Johor.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Dato’ Hj. Salehuddin bin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ On bin Jabbar @Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Hj. Mustaffa Kamal bin Hj. Shamsuddin, Pegawai Daerah Muar, YBrs Dr Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBhg Tuan Hj. Salleheen bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, YB Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kepimpinan belia dari seluruh negeri Johor.
Program ikonik Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan secara tahunan ini mempunyai pelbagai acara dan pengisian melibatkan 6 segmen seperti modal insan, ekonomi, dari belia untuk belia, kemahiran, kreativiti dan inovasi, gaya hidup sihat serta kenegaraan dan patriotisme yang telah disusun sepanjang sambutan HBN yang mensasarkan penyertaan golongan belia bangsa Johor.
HBN Johor ini turut menyaksikan penampilan istimewa empat orang pemain JDT melalui sesi Meet and Greet bersama semua pengunjung yang hadir.
LARKIN, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen Johor Para SUKMA XX MSN Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin melibatkan kontinjen Johor seramai 154 orang yang terdiri daripada atlet, Pegawai, Pengurus dan Jurulatih yang akan membawa cabaran Johor ke Para SUKMA XX MSN di Kuala Lumpur bermula 30 Oktober hingga 7 November 2022.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi bin Mad Shah yang turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Johor.
Kontinjen Johor menyertai sebanyak sembilan acara iaitu olahraga, renang, ping pong, badminton, powerlifting, tenpin boling, boling padang, catur dan boccia dalam temasya Para SUKMA XX MSN 2022 yang melibatkan seramai 107 orang atlet.
Pada Temasya Para SUKMA XX MSN kali ini Jabatan Belia dan Sukan meletakkan sasaran sebanyak 25 pingat emas menerusi sembilan acara sukan. Untuk rekod, sukan olahraga dan catur yang merupakan acara prospek penyumbang pingat dalam cabaran edisi kali ini.
Dalam SUKMA XX 2022 yang lalu, Kontinjen Johor berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, iaitu kali pertama dalam sejarah dan mengungguli carta kedudukan pingat melalui pungutan 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.
MUAR, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Program Muar Berselawat sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 di Dataran Tanjung Emas, Muar. Program tersebut turut dihadiri YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Program telah dihadiri lebih 3000 orang.
LARKIN, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Taklimat Pendidikan Anti Doping oleh ADAMAS kepada Atlet Para Johor yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Anti Doping dalam sukan.
Batu Pahat, 23 Oktober 2022 - Antara wadah pembangunan potensi anak muda, Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda mencetuskan inisiatif Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) sebagai langkah memupuk jiwa sukarelawan dalam diri masyarakat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menjadi tuan rumah untuk Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) pada kali ini dengan kehadiran 38 peserta daripada seluruh negeri Johor. Sukarelawan ini diasah dengan latihan upskilling dan reskilling untuk memastikan mereka kompeten dan sentiasa siap siaga dalam menghadapi apa jua situasi bencana.
Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 20-23 Oktober 2022 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM, Batu Pahat. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nik Mohd Mazuki bin Hj Nik Mat, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukarelawan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JSBN, Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Ismady Norsyam bin Ishak, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih atas kerjasama dan semangat yang jitu sepanjang menyertai kursus ini.
Batu Pahat, 22 Oktober 2022- Telah berlangsung Pertandingan Aerobikthon Kategori Individu Sempena Program 1000 Liga Tahun 2022 Peringkat Daerah Batu Pahat.
Kejohanan yang berlangsung di Batu Pahat Mall ini bermula dari jam 2 petang bagi sesi pendaftaran dan melibatkan penyertaan seramai 45 orang peserta. Pemenang akan membawa pulang hadiah Wang Tunai sebanyak RM200 (Johan), RM150 (Naib Johan) & RM100 (Tempat Ketiga).
Justeru bagi Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Encik Muhamad Izham bin Ahmad wakil rasmi dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Terima kasih diucapkan kepada Kelab Kecergasan Peserai atas penganjuran bersama dalam pelaksanaan program ini.
SEGAMAT 22 Oktober 2022: Telah berlangsung Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Segamat Tahun 2022 bertempat di Taman Rekreasi Sungai Kapeh yang dianjurkan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Hyper Fitness Sport Club.
Program yang dijalankan seawal jam 6.30 pagi dimulakan dengan pendaftaran dan pengagihan pek pemulaan kepada peserta diikuti dengan senamrobik dan perasmian program yg disempurna oleh Pegawai Daerah Segamat, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim yang diiringi Pentadbir Tanah Segamat, Tuan Haji Helmi bin Dato' Haji Shari@Shangari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Segamat, YM Ungku Mohd Tahir bin Ungku Mohd Zakaria, Ketua Polis Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah, Pegawai Belia dan Sukan, Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus dan ketua-ketua jabatan daerah Segamat. Turut memeriahkan majlis perasmian tersebut Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tn Haji Md Salleheen bin Mohamad dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Segamat, Saudara Mohd Faiz Hj Mohamad.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung antaranya Senamrobik, Pertunjukan Yoyo Diabolo dari pelajar-pelajar SMJK Seg Hwa, "Fun Walk" 100 Hari Johor Bersih, Pertandingan Tarik Tali antara jabatan yang dimenangi pasukan AADK Segamat dengan menewaskan pasukan PDRM Segamat, Pertandingan Futsal kanak-kanak dari Tabika Kemas dan Perpaduan yang mencuit hati pengunjung, Pertandingan Gusti Lengan (lelaki dan wanita), Mari mencuba dan Pertandingan Memanah Tradisional yang diselaraskan oleh Segamat Sunnah Archery.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Segamat untuk Tahun 2022 ini. Semoga kerjasama yang baik ini dapat dikekalkan dan bertemu lagi ditahun hadapan.
UTHM Batu Pahat, 22 Oktober 2022 - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi tuan rumah bagi Karnival Rakan Muda @ Kampus Peringkat Zon Selatan Tahun 2022 yang diadakan pada 21-22 Oktober 2022 bertempat di Pusat Sukan UTHM.
Sembilan (9) buah institut pengajian tinggi telah menghantar kontinjen bagi kejohanan yang dianjurkan pada karnival kali ini. Dua sukan telah dipertandingkan iaitu Futsal (Kategori Lelaki) dan Bola Jaring (Kategori Wanita).
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Encik Ahmad Khirul Nizam bin Ali wakil rasmi TNC (HEPA) UTHM, Encik Nik Mohd Mazuki bin Hj Nik Mat, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukarelawan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN, Encik Mohd Azreen bin Abd Aziz, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSN dan Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah (Rakan Muda, JBSN Johor.
Kontinjen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) muncul juara dalam acara sukan Futsal, diikuti kontinjen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai Naib Johan dan kontinjen daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) memenangi tempat ketiga.
Manakala bagi acara sukan Bola Jaring, Johan telah diungguli oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diikuti Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM) sebagai Naib Johan and akhir sekali Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTEM) juga memenangi tempat ketiga.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih kepada pihak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Sekreteriat Rakan Muda UTHM dan Kelab Rakan Muda Tangkak sebagai tuan rumah dan rakan strategik dalam menjayakan Karnival Rakan Muda @ Kampus Zon Selatan pada kali ini.