- JBS Johor
- Hits: 180
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JABATAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KEBUDAYAAN (JSKK) POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Johor - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjung hormat daripada Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) Politeknik Ibrahim Sultan yang diketuai oleh Encik Mohamed Rafi bin M.S Solaiman, Ketua Jabatan Sukan Kokurikulum dan kebudayaan dan disambut baik oleh Encik Mohammad Mazlan bin Haji Anis, Timbalan Pengarah (Belia) JBS Johor.
Sesi kunjung hormat ini bertujuan bagi menjalinkan kerjasama dua hala di samping mendapat pendedahan yang meluas mengenai program-program belia, sukan dan rakan muda yang akan dilaksanakan oleh JBS Johor pada tahun ini. Selain itu, beberapa cadangan dan pandangan telah dikongsikan daripada kedua-dua jabatan untuk perancangan program kerjasama pada masa akan datang terutamanya mengenai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Sukan Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK), Politeknik Ibrahim Sultan kerana sudi meluangkan masa berkunjung ke JBS Johor dan diharapkan kerjasama ini akan berterusan dalam meningkatkan mutu program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di Negeri Johor ini.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 180
