Batu Pahat, 11 Disember 2022 - Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Siri 1 Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 telah dilaksakan di Hotel Pinetree, Batu Pahat, Johor. KPO Siri 1 ini diadakan selama dua hari satu malam bermula pada 10 - 11 Disember 2022. Kursus ini merupakan satu pendedahan kepada belia-belia mengenai pengetahuan dan bimbingan berkaitan urus tadbir pertubuhan belia dan cara-cara penyediaan dokumen serta laporan. Seramai 46 orang peserta yang turut hadir dalam kursus ini terdiri daripada daerah Batu Pahat, Kluang, Segamat, Tangkak dan Muar.
KPO Siri 1 ini telah disempurnakan majlis perasmiannya oleh Yang Berusaha Tuan Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Turut hadir Encik Mesafizam bin Mesri Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Batu Pahat, dan Puan Erni Nurshaniza binti Markaza wakil rasmi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Pihak sekretariat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada seorang perseorangan yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan kursus ini.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 212
