1 Oktober 2022 - Sesi lawatan Chef De Mission (CDM) Kontinjen Johor ke Perkampungan Sukan di Pusat Kecemerlangan Paralimpik Kg Pandan dan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara untuk bertemu dengan Pasukan Badminton, Boling Padang, Boccia dan Angkat Berat untuk memberi kata-kata semangat dan motivasi.
29 Oktober 2022, Batu Pahat - Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Batu Pahat & Majlis Penutup Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) disambut meriah di SMK Suria Perdana, Parit Raja kelmarin.
Seiiring dengan konsep Jom Turun Padang, pelbagai acara & aktiviti sukan yang disediakan seawal jam 8 pagi lagi. Antara aktiviti-aktiviti yang dihidangkan adalah seperti kayuhan, larian, pertandingan aerobikthon, pertandingan fifa, bola 7 sebelah, sukaneka, mewarna, shoot out netball serta pameran-pameran dari agensi & penggiat sukan.
Menariknya HSN Batu Pahat kali ini disambut bersama dengan Majlis Perasmian Penutup Program BLKM dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor. Dua program ini dirasmikan oleh YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan Malaysia. Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon EXCO Kesihatan & Perpaduan Negeri Johor Encik Sufian Suleiman Wakil Rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, YBhg. Dato' Zailani Hj. Hashim Ketua Pengarah JPJ, serta Tuan Ezahar bin Abu Sairin YDP Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Tahniah & sekalung penghargaan kepada Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Ayer Hitam, persatuan-persatuan belia, kelab kecergasan, aktivis-aktivitis serta pihak-pihak yang terlibat atas komitmen & kerjasama dalam menjayakan program ini.
Kuala Lumpur, 31 Oktober 2022 - Majlis Menaikkan Bendera Kontinjen di Temasya Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, bertempat di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.
Turut hadir memeriahkan majlis, Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Seri Megat Shariman Zaharudin, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara serta Chef De Mission yang mewakili kontinjen negeri.
Seramai 11 orang wakil Kontinjen Johor terlibat sama bagi menjayakan majlis tersebut. Kontinjen Johor telah mensasarkan sebanyak 25 pingat emas dalam cabaran temasya Sukan Para SUKMA kali ini.
Sama-sama kita doakan kejayaan atlet-atlet Johor yang bertanding!
PEKAN NANAS, 30 Oktober 2022 - Seramai 103 orang peserta dari 204 orang peserta seluruh negeri Johor telah hadir menerima Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa dan Perak Peringkat Negeri Johor Tahun 2022 pada jam 3.00 petang tadi. 103 orang peserta tersebut ialah peserta dari Badan Operasi (BO) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian dan Pengakap Daerah Pontian.
Pentauliahan ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada para peserta yang telah selesai melengkapkan empat komponen mengikut masa yang ditetapkan. Majlis yang diadakan di Dewan Harmoni, SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman itu telah disempurnakan oleh YBhg Encik Ahmad Azhar bin Ab Hamid, Penolong Pegawai Daerah Pontian selaku wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian.
Turut hadir ke Majlis pentauliahan tersebut ialah YBrs Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs. Tuan Bardin bin Uteh, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor dan YBhg. Encik Muzakkir bin Mohd Sidek, Timbalan PPD Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Di harapkan dengan pentauliahan ini dapat memberi semangat kepada peserta untuk ke tahap seterusnya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Badan Operasi seperti Pejabat Pendidikan Daerah dan Pesekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor serta pemimpin2 yang membantu peserta-peserta melengkapkan komponen ARP.
Muar, Johor - 29 Oktober 2022.- Dianggarkan seramai lebih 20,000 orang pengunjung telah membanjiri Dataran Tanjung Emas, Muar bermula dari 28 hingga 30 Oktober 2022 bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor. Daerah Muar telah dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan tahun ini.
Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Negeri Johor 2022 telah disempurnakan oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) jam 8.30 malam yang telah melibatkan himpunan belia seramai lebih 16,000 orang dari seluruh Negeri Johor.
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, YB Dato’ Hj. Salehuddin bin Hassan, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ On bin Jabbar @Jaafar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), YB Dato’ Hj. Mustaffa Kamal bin Hj. Shamsuddin, Pegawai Daerah Muar, YBrs Dr Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, YBrs Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBhg Tuan Hj. Salleheen bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, YB Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor, Pegawai-Pegawai Daerah, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta kepimpinan belia dari seluruh negeri Johor.
Program ikonik Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan secara tahunan ini mempunyai pelbagai acara dan pengisian melibatkan 6 segmen seperti modal insan, ekonomi, dari belia untuk belia, kemahiran, kreativiti dan inovasi, gaya hidup sihat serta kenegaraan dan patriotisme yang telah disusun sepanjang sambutan HBN yang mensasarkan penyertaan golongan belia bangsa Johor.
HBN Johor ini turut menyaksikan penampilan istimewa empat orang pemain JDT melalui sesi Meet and Greet bersama semua pengunjung yang hadir.
LARKIN, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera kepada Ketua Kontinjen Johor Para SUKMA XX MSN Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor, Larkin melibatkan kontinjen Johor seramai 154 orang yang terdiri daripada atlet, Pegawai, Pengurus dan Jurulatih yang akan membawa cabaran Johor ke Para SUKMA XX MSN di Kuala Lumpur bermula 30 Oktober hingga 7 November 2022.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi bin Mad Shah yang turut dihadiri oleh wakil-wakil agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor dan Persatuan Sukan dan Rekreasi OKU Negeri Johor.
Kontinjen Johor menyertai sebanyak sembilan acara iaitu olahraga, renang, ping pong, badminton, powerlifting, tenpin boling, boling padang, catur dan boccia dalam temasya Para SUKMA XX MSN 2022 yang melibatkan seramai 107 orang atlet.
Pada Temasya Para SUKMA XX MSN kali ini Jabatan Belia dan Sukan meletakkan sasaran sebanyak 25 pingat emas menerusi sembilan acara sukan. Untuk rekod, sukan olahraga dan catur yang merupakan acara prospek penyumbang pingat dalam cabaran edisi kali ini.
Dalam SUKMA XX 2022 yang lalu, Kontinjen Johor berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan, iaitu kali pertama dalam sejarah dan mengungguli carta kedudukan pingat melalui pungutan 77 pingat emas, 52 perak dan 43 gangsa.
MUAR, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Program Muar Berselawat sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Johor 2022 di Dataran Tanjung Emas, Muar. Program tersebut turut dihadiri YB Tuan Mohd Fared bin Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor. Program telah dihadiri lebih 3000 orang.
LARKIN, 28 Oktober 2022 - Telah berlangsung Taklimat Pendidikan Anti Doping oleh ADAMAS kepada Atlet Para Johor yang bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan Anti Doping dalam sukan.