- JBS Johor
- Hits: 202
KURSUS ASAS SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2022
Batu Pahat, 23 Oktober 2022 - Antara wadah pembangunan potensi anak muda, Kementerian Belia dan Sukan melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda mencetuskan inisiatif Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) sebagai langkah memupuk jiwa sukarelawan dalam diri masyarakat.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor menjadi tuan rumah untuk Kursus Asas Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) pada kali ini dengan kehadiran 38 peserta daripada seluruh negeri Johor. Sukarelawan ini diasah dengan latihan upskilling dan reskilling untuk memastikan mereka kompeten dan sentiasa siap siaga dalam menghadapi apa jua situasi bencana.
Kursus ini telah berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula 20-23 Oktober 2022 bertempat di Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM, Batu Pahat. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh YBhg. Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh YBrs. Encik Nik Mohd Mazuki bin Hj Nik Mat, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukarelawan, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JSBN, Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Encik Ismady Norsyam bin Ishak, Persatuan Jurulatih Rekreasi Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih atas kerjasama dan semangat yang jitu sepanjang menyertai kursus ini.
Disediakan oleh JBSN Johor
- JBS Johor
- Hits: 202
