KOTA ISKANDAR, 21 September 2022 - Sedang berlangsung Mesyuarat Induk Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor yang diadakan secara hibrid. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh yang berbahagia Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor mewakili YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.
Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Johor akan diadakan pada 8 Oktober 2022 bertempat di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Bermula 7 Oktober 2022 hingga 8 Oktober 2022 pelbagai aktiviti akan dilaksanakan seperti Mega Aerobikthon, Neon JB Ride, Martial Arts, Penalty Shootout dan banyak lagi.
Johor Bahru, 20 September 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima undangan menyertai Kejohanan Bowling Jalinan Ukhwah yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor di Lite Superbowl JB, Pelangi Leisure Mall.
Pasukan JBSN Johor yang diketuai oleh YBhg Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan disertai Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis, Puan Nur Amalina binti Holidi dan Encik Abdul Isa bin Abdul Rasah mengekalkan momentum balingan sehingga frame ketiga dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1426 pin.
Sebanyak 16 Jabatan dan Agensi yang menyertai Kejohanan ini termasuklah ICU Negeri Johor, Jabatan Imigresen Negeri Johor, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Kemas Negeri Johor, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Polis Diraja Malaysia Negeri Johor.
Tahniah dan syabas kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Johor selaku penganjur atas kejayaan pelaksanaan program yang meningkatkan ukhwah dan jalinan silaturahim dalam kalangan Jabatan dan Agensi yang terlibat ini.
Desaru, 19 September 2022 - Telah berlangsung Program Pengupayaan Sekreteriat Rakan Muda (SRM) IPT yang dilaksanakan oleh SRM Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara (KRMSAU), Desaru selama dua hari bermula 18 hingga 19 September 2022.
Program ini bertujuan untuk mengupaya SRM IPT untuk menyerlahkan potensi diri ahli dan meningkatkan penglibatan belia institusi pengajian tinggi (IPT) dalam aktiviti kesukarelawan dan amalan gaya hidup aktif.
Pelbagai aktiviti dan pengisian yang dilaksanakan sepanjang dua hari tersebut termasuklah aktiviti team building, berkayak, explorace, bengkel crowdfunding, modul self confidence dan pengurusan kewangan.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan turut dihadiri oleh Cik Glendalyn Johny dan Encik Abdul Isa bin Abdul Rasah daripada Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBSN Johor.
Sekalung penghargaan kepada Lt. Kol. Ts. Mohd Safiee bin Idris dan Ts. Dr. Mohd Fahmy bin Abdullah selaku Penasihat SRM UTHM yang sentiasa menyambut baik usahasama dalam menjayakan program pemantapan SRM.
Johor Bahru, 19 September 2022 - Kesiapsiagaan menghadapi bencana yang dijangka berlaku berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) akibat monsoon, bermula dengan pengaktifan operasi Bilik Gerakan Pasca Bencana JBSN Johor di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Johor.
Bilik Gerakan ini akan menjadi pengkalan dan pusat pengumpulan maklumat seperti data sukarelawan, data harian status terkini bencana, data dan status terkini mangsa bencana serta pusat mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA).
Perancangan dan pelaksanaan misi bantuan pasca bencana ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuklah NGO belia, Sukarelawan Rakan Muda dan pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sendiri.
Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor selaku Penasihat Jawatankuasa Gerakan Misi Bantuan Pasca Bencana JBS Johor turut meninjau persiapan dan persediaan di Bilik Gerakan ini.
Kulai, 18 September 2022 - YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkesempatan menyantuni belia bangsa Johor di Kulai dalam lawatan kerjanya ke Negeri Johor.
YB Senator meluangkan masa untuk bertanyakan perkembangan dan pencapaian terkini para belia bangsa Johor yang diwakili belia berpersatuan seperti Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah Kulai, Junior Chamber International (JCI), Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) dan Gerakan Belia 4B Malaysia.
Dalam perbincangan tersebut, YB Senator juga menyampaikan hasrat dan saranan agar belia khususnya di Negeri Johor untuk lebih mewujudkan semangat perpaduan dan sentiasa cakna pada program yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan agar tidak terlepas mana-mana peluang keemasan yang telah ditawarkan.
“Belia pelbagai kaum yang mempunyai potensi yang berbeza dapat melengkapi antara satu sama lain, itu lah antara kepentingan perpaduan”, antara kata-kata pesanan daripada YB Senator dalam sesi perjumpaan tersebut.
PONTIAN, 16 September 2022 - Itulah ungkapan atau tema HBN Tahun ini bagi menyambut Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Daerah Pontian. Sambutan yang dilaksanakan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Majlis Belia Daerah Pontian ini berlangsung dengan jayanya secara sederhana pagi tadi.
Menurut wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Pontian, YBrs. Encik Muhammad Iskandar bin Shamsul Bahar berkata, tema ini mengingatkan kita betapa berharganya masa muda dan perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Manakala ucapan dari Pemangku YDP Majlis Belia Daerah Pontian, Saudari Anisah binti Wasis pula menyatakan, "Belia tidak boleh lagi mengambil pendekatan "Relax" atau "Tunggu dan lihat". "Hal ini demikian kerana belia hari ini perlu terus bergerak ke hadapan dan berusaha memajukan diri apatah lagi selepas kita berdepan situasi sukar iaitu penularan Covid-19 yang merencatkan pembangunan dan ekonomi," katanya.
Perasmian Sambutan HBN Peringkat Daerah Pontian ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Muhammad Iskandar bin Shamsul Bahar, Penolong Pegawai Daerah Pontian, wakil rasmi Pegawai Daerah Pontian. Turut sama hadir ialah Encik Mohd Hussain b Hj Mohamad Rashid, Pegawai Pembangunan Sosial, wakil rasmi Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, YBrs Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Saudara Mohd Rasidi bin Ismail, Timbalan Presiden, Majlis Belia Negeri Johor.
16 September 2022 - TMYIC Johor Bahru telah berlangsung Program Fit & Active Family yang dilaksanakan bersempena sambutan Hari Malaysia. Program ini merupakan kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Pelbagai aktiviti diadakan seperti Walk for Life, Kick boxing, HIIT, Zumba, Shots on Target, Workshop Calisthenics, Cabaran Wall Climbing, Pertandingan X-Games, Pertandingan Mewarna, Puisi, Doodles dan Konvoi Bermotosikal Kibaran Jalur Gemilang. Semua aktiviti telah mendapat kerjasama dan sambutan yang baik oleh persatuan sukan dan masyarakat setempat.
Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi memeriahkan lagi program dan aktiviti yang diadakan.
13 SEPTEMBER 2022, JOHOR BAHRU. Tahniah buat semua warga SMK Bandar Baru Uda yang telah berjaya memiliki stadium mini baharu dan yang pertama terdapat di Bandar Baru Uda.
Hadir sama, En Md Said Daimon, Pengarah Pendidikan Negeri Johor; YB Dato’ Hj On Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Belia, Sukan & Sukarelawan); dan ACP Rupiah Abd Wahid, Ketua Polis Derah Johor Bahru Utara.
Semoga dengan kewujudan stadium ini dapat memberikan manfaat buat semua dan jagalah kemudahan yang disediakan ini sebaik mungkin.
BENUT, 13 September 2022 - Pertandingan Bola Sepak Lelaki B12, Program Liga Tunas Malaysia@Malaysia Little League (MiLL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022 yang bermula semalam telah berakhir hari ini.
Pasukan SK Pontian Besar telah menjadi Johan setelah menewaskan Pasukan SK Bandar Pontian dengan jaringan 1-0. Dengan kemenangan tersebut, SK Pontian Besar telah menerima hadiah sebanyak RM1,000.00, Medal dan Sijil Penyertaan yang disampaikan oleh Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.
SK Pontian Besar akan mewakili Daerah Pontian ke Program MiLL Peringkat Negeri Johor yang dijangka berlangsung pada 27 September 2022 di Pasir Gudang, Johor.
Tahniah kepada pemenang-pemenang dan terima kasih atas penyertaan dan sokongan semua.