- JBS Johor
- Hits: 256
PERBINCANGAN PROGRAM LIGA TUNAS MALAYSIA@MALAYSIA LITTLE LEAGUE (MiLL) PERINGKAT DAERAH PONTIAN TAHUN 2022
PONTIAN, 1 Ogos 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian bersama Persatuan Bola Sepak Pontian (FA Pontian) akan melaksanakan Program Liga Tunas Malaysia@Malaysia Little League (MiLL) Peringkat Daerah Pontian Tahun 2022. Program tersebut akan melibatkan peserta Bola Sepak Kategori Bawah 16 tahun dan 12 tahun.
Program ini adalah cetusan idea oleh Yang Di Pertuan Agong yang bertujuan memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai dari peringkat akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).
Semoga pelaksanaan Program ini berjalan dengan lancar.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 256
