PONTIAN, 12 November 2021 - Daerah Pontian dipilih sebagai lokasi pertama pelepasan Program Jelajah Johor "Cuti-Cuti Malaysia" BMX Ungkal 1.0 2021. Jelajah ini akan ke 10 buah daerah Negeri Johor yang bermula 12 November 2021 dan dijangka berakhir pada 20 November 2021. Anggaran jarak laluan perjalanan ialah sejauh 678 kilometer dan akan disertai seramai 6 orang rider yang menggunakan basikal BMX sahaja. Program ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Kelab BMX Ungkal yang bertujuan untuk mempromosikan Sukan Basikal BMX dan minat khas (niche) terhadap sukan basikal lasak dikalangan generasi muda untuk membantu menaikkan pelancongan sukan.Pelepasan yang bermula di Stadium Mini Pontian itu telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd Ezzuddin bin Sanusi, YDP Majlis Perbandaran Pontian pada jam 8.15 pagi tadi dan disaksikan oleh YB. Dato' Haji Amran bin A. Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn. Bhd., YBrs. Cik Chresentia F. B. Sadatal, Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan dan Encik Mohamed Azrul Syam bin Mohamed Yusof, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian.Turut hadir sama ke Program ini ialah Ikon Belia Negeri Johor, Saudara Mohd Farkhan bin Mohd Haron dan Timbalan YDP Majlis Belia Daerah Pontian, Saudari Anisah Binti Wasis.Program pelepasan ini tamat kira-kira jam 9.30 pagi tadi.Disediakan oleh : Unit Media PBSD Pontian#SukanUntukSemua#FitMalaysia#KeluargaMalaysia
- JBS Johor
- Hits: 546
