Batu Pahat, 21 September 2021 - Perbincangan dan penyelarasan bagi Sambutan Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat daerah Batu Pahat telah dipengerusikan oleh Puan Nur Amalina binti Holidi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat.
Perbincangan dihadiri oleh rakan kerjasama iaitu Encik Muhamad Shamsul Annuar (Persatuan Kecergasan Negeri Johor), Encik Akhmal Asnawi (Rentaqa ESport Malaysia), Encik Mesafizam Mesri (Majlis Sukan Daerah Batu Pahat), Puan Afidah Raif dan Cik Aisyah, Majlis Belia Daerah Batu Pahat.
Penyelarasan aktiviti dan program sempena HSN2021 kali ini menerapkan elemen norma baharu dan pendekatan secara maya untuk memastikan hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation) dapat direalisasikan.
Antara program yang bakal dilaksanakan termasuklah:
1. Keluarga Malaysia MyFit@Home>
2. KBS Freestyle Challenge HSN2021
3. PUBG Mobile Tournament Daerah Batu Pahat sempena HSN2021
Disediakan oleh PBSD Batu Pahat
- JBS Johor
- Hits: 735
