PONTIAN, 25 September 2021 - Bertempat di Restoren Muaalaf, Pusat Perdagangan Pontian pada jam 2.00 petang telah berlangsungnya perjumpaan antara YB. Datuk Seri Hj. Ahmad B. Hj. Maslan, Ahli Parlimen Pontian bersama beberapa NGO orang muda dan Persatuan/ Kelab Belia dari kawasan Parlimen Pontian.
Perjumpaan secara santai sambil makan tengah hari tersebut berlangsung kira-kira 1 jam yang turut dihadiri YBrs. Encik Sidek Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pontian dan Saudara Mohd Iskandar Selamat, YDP Majlis Belia Daerah Pontian.
Tok Mat juga mengumumkan akan melaksanakan Anugerah Belia Cemerlang (ABC) Parlimen Pontian Tahun 2021 dan mengalu-alukan penyertaan semua Persatuan/Kelab Belia berdaftar dan Individu-Individu Belia kawasan Parlimen Pontian ke Anugerah ini.
Maklumat lanjut ABC akan diselaraskan oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian dalam masa terdekat.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 543
