PONTIAN, 11 Ogos 2022 - YBrs. Encik Mohamad Mazlan bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah (Belia), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah melakukan Pemeriksaan Dalaman Mengejut mengikut AP308 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pontian pagi tadi.
Beliau yang tiba kira-kira jam 10.00 pagi telah memeriksa Rekod Setem, Rekod Pemeriksaan Aset dan melawat sekitar Pejabat yang baru sahaja di selenggara. Beliau berpuas hati dengan persekitaran pejabat yang didapati kemas, bersih dan teratur.
Beliau menamatkan pemeriksaan sekitar jam 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh PBSD Pontian
- JBS Johor
- Hits: 914

