Kluang: 15 Oktober 2022 (Sabtu) - Pelancaran Sambutan Hari Sukan Peringkat Daerah Kluang telah berlangsung pada hari ini seawal jam 7.50 pagi disempurnakan oleh YB Dato' Sharifah Azizah Binti Dato' Syed Zain, ADUN Mahkota. Turut hadir Pegawai Daerah Kluang bersama jemputan Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Kluang.
Hampir 1500 pengunjung yang hadir memeriahkan acara pada hari ini. Antara pengisian program yang berlangsung pada hari ini ialah Fit Forever Fun Run, Fit Forever Aerobikton, Fit Forever Fitness Challenge, Fun Ride HSN dan Pertandingan Memanah Tradisional Berpasukan HSN. Pelbagai hadiah menarik yang telah disediakan iaitu hamper, barangan elektrik, aksesori basikal, tv led 32' dan hadiah utama 3 unit basikal Folding.
Terima kasih dan tahniah kepada semua rakan strategik penganjuran program ini yang bertungkus lumus menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kluang 2022.
Polis Daerah Kluang Pejabat Daerah Kluang Majlis Belia Daerah Kluang Majlis Perbandaran Kluang Kelab Sukan Kecergasan Variasi Persatuan Kecergasan Daerah Kluang Komtra Archery Kelab Aerobic Fit For You - Kaffu Persatuan Berbasikal Daerah Kluang
Disediakan oleh PBSD Kluang
- JBS Johor
- Hits: 170
