01 Oktober 2022. PULAU TIOMAN - Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Siri 2 Peringkat Negeri Johor 2022 telah dilaksanakan selama 2 hari 1 malam bermula pada 30 September 2022 hingga 1 Oktober 2022 bertempat di Kampung Genting.
KPO Siri 2 ini telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kepimpinan Majlis Belia Daerah Johor Bahru dan badan gabungan. Peserta kursus ini telah didedahkan dengan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran pejabat seperti sistem fail, sistem surat menyurat, penyediaan minit mesyuarat, pengurusan kewangan / akaun dan penyediaan kertas kerja.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil kursus ini telah disempurnakan oleh Puan Belinda Michelle Anak Benedict Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru. Turut hadir dalam kursus ini, Tuan Noor Muhammad Asri bin Kamarozzaman Wakil Rasmi Pegawai Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan dan Encik Mohd Sidek bin Roslan Yang DiPertua Majlis Belia Daerah Johor Bahru.
Disediakan oleh PBSD Johor Bahru.
- JBS Johor
- Hits: 211
