MERSING, 27 OGOS 2022 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Mersing dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Mersing dan Persatuan Berbasikal Daerah Mersing telah mengadakan program Rakan Muda Day Out (RMDO) Siri 3 Peringkat Daerah Mersing Tahun 2022 di pesisir pantai, Kampung Air Puteri, Mersing, berhadapan Rumah Persatuan Berbasikal Daerah Mersing.
Seramai 25 orang sukarelawan telah berganding bahu membersihkan pesisir pantai, Kampung Air Puteri bermula jam 8.30 pagi. Puan Suzana binti Haji Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Mersing dan Encik Laili bin Yusof, Presiden, Persatuan Berbasikal Daerah Mersing turut hadir dan bersama-sama sukarelawan sepanjang program ini diadakan.
Terima kasih atas komitmen semua pihak yang telah meluangkan masa serta menyambut baik program ini. Semoga usaha murni dan kerjasama erat yang terjalin melalui program ini dapat terus meningkatkan hubungan baik di antara agensi kerajaan dengan komuniti setempat. We are just one country, one mind.
Disediakan oleh PBSD Mersing
- JBS Johor
- Hits: 209
