SUNGAI TIRAM, Johor Bahru, Johor. 03 Julai 2022 (Ahad) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Kelab Belia Sungai Tiram dan Penduduk Kampung Sungai Tiram telah melaksanakan Program Rakan Muda Day Out (RMDO) Siri 2 di Balairaya Kampung Mulia.
Semangat sukarelawan telah disemarakkan oleh hampir 30 orang peserta dengan berganding bahu membersihkan Balairaya Kampung Mulia.
Turut hadir Pn Belinda, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru bagi memantau program yang sedang dijalankan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan Program Rakan Muda Day Out Siri 2.
Disediakan oleh Pbsd Johor Bahru
- JBS Johor
- Hits: 318
