Kota Tinggi, 10 Oktober 2021 (Ahad): Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Kota Tinggi telah berlangsung dengan jayanya dengan mengikut SOP dan norma baharu. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Puan Hajah Hazlina binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi di Dewan Seri Desaru, Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar. Turut hadir, Yang Berhormat Dato’ Ir Syed Sis bin Syed Abdul Rahman, YB ADUN Kawasan Tanjung Surat, Yang Berhormat Dato’ Sharifah Azizah binti Dato’ Syed Zain, YB ADUN Kawasan Penawar, Yang Berhormat Tuan Haji Rosleli bin Jahari YB ADUN Kawasan Johor Lama, Yang Berhormat Puan Rashidah binti Ismail, YB ADUN Kawasan Pasir Raja, Tuan Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar dan En. Ruhisyam bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
Mengambil pendekatan dengan pelaksanan majlis secara berskala kecil, majlis tersebut telah dihadiri oleh 50 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan Negeri dan Persekutan di daerah, persatuan-persatuan sukan serta wakil-wakil belia di daerah Kota Tinggi. Majlis dimulai dengan persembahan My Fit @ Kota Tinggi Jump Rope For Heart daripada Kelab Sukan Kecergasan Aerofit Perdana dan seterusnya majlis perasmian di peringkat daerah.
Seterusnya, Keluarga Malaysia My Fit @ Home Daerah Kota Tinggi juga diadakan secara fizikal bersama dif-dif jemputan dan virtual secara dalam talian seramai 460 orang.
Majlis telah berjalan dengan lancar dengan pematuhan SOP yang ditetapkan. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi!
#towardssportingnation
#keluargaMalaysia
#HSN2021
#PBSDKotaTinggi
Disediakan oleh PBSD Kota Tinggi
- JBS Johor
- Hits: 502
